Imanku Masih Berbisik.
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahiim..
Aku kembara mencariMu Ya Rabb…
Ujian yang kau berikan ini telah menyedarkanku..
Betapa agungNYA kekuasaanMU..
Aku tersungkur sendiri mengagumi apa yang kau takdirkan..
Hampir aku rebah di bumiMu ini…
Kau heretku dalam kegelapan..
Kau suluhku dengan cahaya CintaMu
Aku terpana seketika..
Menyelami jauh ke dasar hati…
Ada cinta yang menanti…
Ada kasih yang menunggu…
Setianya menunggu di pintu Syurga..
KasihNYA Allah pada hambaNYA..
Aku kembali Menginsafi betapa hinanya diriku..
Siapakah aku disisiMu Tuhan…
Layakkah aku bergelar hambaMu Tuhan…
Apa yang telahku buat pada hidupku ini sebagai seorang hamba…
Layakkah aku Ya Allah….
Ya Allah..maafkan aku jika aku tersilap..
Maafkan aku jikaku terlupa..jangan murkai aku..
Sungguh aku takut padaMU..
Sungguh azabMU pedih..
Ya Allah..Restuilah hidupku..
Aku kembara mencariMu Tuhan..
Dalam sujudku…
Ku tumpahkan air mata ini..
Moga dapatkku jahit semula sejadah imanku yang terkoyak..
Ku lihat ia..lusuh..compang camping..
Duhai iman maafkan aku..
Aku pernah membiarkanMu kebuluran..
Astaghfirullahalazim…
Syukurku panjatkan bahawa kau masih hidup..
Kau masih sudi membisikkan kalimah cinta itu..
Cinta Pada Yang Menciptakan..Allahu Akbar…
Ya Rabbi..Bimbinglah kami ke jalan yang lurus

Tidak ada komentar:
Posting Komentar